Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Syukri Mokhtar setelah membenarkan permohonan

Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah setelah kelima-lima suspek itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini.

Kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 34 hingga 55 tahun direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Semalam, kelima-lima suspek terbabit ditahan kira-kira pukul 4.30 petang di Pejabat SPRM Sarawak di sini ketika hadir memberi keterangan berhubung dakwaan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM600,000 pada 2016.

Tiga daripada mereka sebelum ini pernah berkhidmat di BTN Sarawak, namun dipindahkan ke jabatan lain serta bersara.

Mereka dipercayai bersubahat dengan 43 syarikat di seluruh Sarawak dengan mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu untuk membuat tuntutan pembayaran kerja.

Jumlah tuntutan bagi satu-satu kerja bernilai antara RM2,000 hingga RM6,000 dan kesemua pembayaran dibuat ke beberapa akaun pemilik syarikat pada 2016.

Kelima-lima suspek dipercayai mengambil keuntungan daripada setiap syarikat yang dipilih oleh mereka.