Video oleh Ahmad Shazwan Md. Yusof

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, proses pengumpulan bukti dan keterangan dalam negara sudah hampir selesai, yang merangkumi sekitar 50 peratus siasatan.

“Kita sedang mendapatkan bukti dari luar negara. Maknanya 50 peratus daripada keseluruhan siasatan dari Malaysia sudah lengkap. Malaysia hampir 100 peratus.

“Siasatan melibatkan 50 peratus di Malaysia dan 50 di luar negara,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis penutup program Walk Stop Talk: Six Hours Quarter Million Messages’ di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Yang turut hadir Menteri Wilayah, Khalid Abd. Samad; Datuk Bandar, Tan Sru Mhd. Ahmin Nordin Abd. Aziz dan Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai saman yang difailkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadapnya dan dua individu lain, Mohd. Shukri berkata, beliau menyerahkan segalanya kepada mahkamah bagi menentukannya.

“Samanlah, saya terima. Tak apalah, biar mahkamah yang buat keputusan,” ujarnya.

Selain daripada Mohd Shukri, turut difailkan saman adalah Peguam Negara, Tommy Thomas dan Pe­ngarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh. - UTUSAN ONLINE