Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, operasi yang bermula pukul 8.30 malam itu turut disertai Jabatan Alam Sekitar, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Jabatan Imigresen Malaysia.

“Operasi ini bersempena Tahun Baharu Cina 2018 dan berjalan serentak di seluruh negara sejak 9 Februari lalu dan akan berakhir pada 23 Februari depan.


Video Oleh NAIMAH NOHD.

“Sehingga kini, sebanyak 843 kes melibatkan semua jenis kenderaan direkodkan dan kesalahan tiada lesen kenderaan merupakan yang paling tinggi dicatatkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Tambah Wan Ahmad Uzir, dalam operasi tersebut juga, sebanyak enam individu termasuk seorang wanita mengandung turut ditahan selepas ujian saringan air kencing mereka disahkan positif dadah. - UTUSAN ONLINE