Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, kesemua suspek ditahan sepanjang tempoh operasi bermula 7 Julai hingga semalam.

Katanya, suspek yang ditahan berusia antara 15 hingga 40 tahun, iaitu 11 lelaki dan enam wanita.

“Siasatan awal dipercayai melibatkan rasa tidak puas hati antara mangsa dan suspek berkaitan penjualan dadah.

“Kesemua suspek merupakan pengedar dadah di sekitar bandar raya ini dan dipercayai telah bergiat aktif dalam tempoh sebulan lalu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE