Video oleh NAIMAH MOHAMAD

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, serbuan dibuat pegawai dan anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya itu dijalankan kira-kira pukul 4.30 petang.

“Kesemua yang ditahan merupakan warga tempatan berusia lingkungan 20-an hingga 40-an. Hasil siasatan awal, pusat operasi judi ini telah beroperasi selama sebulan dan sebelum ini beroperasi di tempat lain,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Menurut Mohd. Zani, kedua-dua unit yang diserbu dikendali sindiket yang sama dan siasatan lanjut mendapati mereka menerima wang pertaruhan sehingga RM80,000 sehari.

“Kita kini sedang dalam proses untuk mengesan pemilik dua kondominium tersebut. Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE