Operasi tersebut dibuat kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM140,000 termasuk lori, duti import serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohamad Piah berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan mercun itu diseludup dari Thailand untuk pasaran Kuala Lumpur sempena Tahun Baharu Cina.

“Kebiasaannya aktiviti menyeludup mercun ini kembali aktif setiap kali tibanya musim perayaan," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Rantau Panjang di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pegawai Risik PGA Batalion 8 Pengkalan Chepa Asisten Superintenden Jumaidy Bah Chong Weh.

Abdullah memberitahu, pihaknya kini sedang giat mengesan pemandu lori berkenaan bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1976. -UTUSAN ONLINE