Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 2.15 pagi itu, pihaknya turut merampas barangan termasuk 18 keping kondom dan wang tunai berjumlah RM328.

“Tangkapan wanita warga asing terdiri daripada enam warga Vietnam, dan masing-masing empat daripada Indonesia dan Thailand.

“Kesemua yang ditahan akan direman pagi ini untuk disiasat mengikut Seksyen 55b Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Serdang, dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE