Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Syukri Mokhtar terhadap suspek berusia 30-an.

Suspek yang direman sehingga Jumaat ini disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Sementara itu, sumber memberitahu, suspek ditangkap di Jalan Hup Ke di sini, kira-kira pukul 2.10 petang semalam.

Beliau berkata, difahamkan suspek bersama seorang rakannya didakwa telah datang ke rumah peminjam bagi menagih hutang.

“Suspek sudah beberapa kali datang ke rumah mangsa untuk menagih hutang sehingga memaksa peminjam yang tidak tahan diugut itu membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarga.

“Susulan laporan itu, polis telah menahan lelaki terbabit yang dipercayai suspek utama dalam kes ugutan berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.