Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh perintah reman daripada Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru, Faridatul Farrah Mohd. Shukri.

Tempoh reman yang dibenarkan mahkamah bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi dan penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

SPRM menerusi satu kenyataan berkata, penjawat awam berusia 36 tahun itu ditahan di pejabat SPRM pada 2.30 petang semalam, bagi membantu siasatan selepas dipercayai bersubahat dalam mengemukakan tuntutan palsu ke atas HSA.

Siasatan mendapati suspek telah bersubahat dengan pemilik-pemilik syarikat pembekal bagi mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM15,000 bagi perkhidmatan menyediakan makanan dan minuman untuk beberapa program kursus.

Program dan kursus itu dijalankan sepanjang tahun 2018 di HSA di sini. bagaimanapun, perkhidmatan tersebut tidak dilaksanakan. - UTUSAN ONLINE