Operasi dilakukan oleh sepasukan anggota polis bersama tiga pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah yang diketuai Pegawai Turus D7, Asisten Superintendan Mohd Faizal Mohd Salleh.

Ketika serbuan dilakukan, mereka yang berusia 23 hingga 36 tahun itu yang berpakaian menghairahkan sedang leka melayan beberapa pelanggan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Fazlisyam Abd Majid berkata, operasi tdijalankan hasil daripada risikan yang dibuat oleh pihaknya mengenai aktiviti tidak bermoral itu.

“ Serbuan yang dilakukan itu adalah bertujuan membendung aktiviti tidak bermoral sehingga menyebabkan masyarakat sekitar berasa tidak selesa, “katanya.

Tambah Fazlisyam, hasil pemeriksaan lanjut terhadap kesemua wanita itu mendapati mereka telah menyalah guna serta melanggar syarat permit yang telah ditetapkan oleh Jabatan Imigresen.

“ Pihak kami jiuga turut menahan dua lelaki tempatan iaitu pemilik dan pekerja kedai terbabit yang berusia, 46 dan 30 tahun itu untuk siasatan lanjut.

Tambah Fazlisyam, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 39(B) dan Seksyen 55(B) Akta Imigresen 1963.- UTUSAN ONLINE