Pemiliknya yang merupakan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an menyedari kejadian itu apabila mahu mengambil kenderaan itu selepas turun dari pesawat pada pukul 9.50 malam tadi.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat  Polis Daerah (IPD) pada hari sama.

Difahamkan, mangsa meninggalkan kenderaan berwarna kelabu itu di kawasan tempat letak kereta Metro Parking terbabit pada 14 Ogos lalu.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) pada 15 Ogos mendapati suspek melarikan kenderaan itu antara pukul 4.50 pagi hingga 5.10 pagi.

Kenderaan itu mempunyai ciri berpelekat warna merah hitam berbelang di bonet depan dan mempunyai kesan kemek di bahagian belakang sebelah kiri atas tayar belakang.

Selain itu, 4WD itu mempunyai pelekat R serta USM di bahagian depan kereta.

Pemiliknya menawarkan wang saguhati sebanyak RM1,000 kepada orang awam yang menemukannya dan sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi lelaki itu di talian 013-219 9643.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

Menurutnya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

"Kita berharap  sistem kawalan keselamatan di kawasan parking perlu ditingkatkan oleh pihak pengurusan bagi mengelakkan kejadian itu tidak berulang," katanya. - UTUSAN ONLINE