Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk A. Thaiveegan berkata, suspek berusia 50 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi di sebuah restoran di Setapak.

“Suspek diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Tiada sebarang rampasan dibuat susulan penahanan suspek tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE