Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tindakan tegas terhadap individu hina institusi diraja Kedah

UMNO
KETUA Pergerakan Pemuda UMNO Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin membuat laporan polis berkaitan penghinaan terhadap Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di IPD Kota Setar di sini hari ini.

ALOR SETAR 13 Sept. - Pergerakan Pemuda UMNO Negeri menggesa tindakan tegas diambil ke atas dua pemilik akaun Facebook yang menghina institusi diraja Kedah sekalipun permohonan maaf dikemukakan di laman sosial.

Ketuanya, Datuk Shaiful  Hazizy Zainol Abidin berkata, pihaknya tidak akan menerima permohonan atas perbuatan keji tersebut selagi tindakan undang-undang diambil oleh pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

"Kami kesal dan sedih ketika rakyat dan kerabat diraja masih bersedih  ada pihak tidak bertanggungjawab  tergamak mengeluarkan kata-kata yang menghina kemangkatan Almarhum," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, dua laporan polis dibuat terhadap dua pemilik akaun Facebook tersebut, Hershel Tan (Jack) dan Sheikh Noor Affandi yang memuatnaik  perkataan jelik di laman sosial berikutan kemangkatan Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.-UTUSAN ONLINE

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain