Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah, Faridatul Farrah Mohd Shukri selepas membenarkan permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Terdahulu, SPRM menerusi satu kenyataan berkata, kesemua suspek berusia 40 hingga 50 tahun ditahan kira-kira 2.30 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri Johor di sini.

Menurut kenyataan itu, mereka disyaki bersubahat mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah universiti awam berkaitan perbelanjaan program Dana Kebolehpasaran Graduan (GE) berjumlah RM689,000, sedangkan program terbabit tidak dilaksanakan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara sehingga 20 tahun. - UTUSAN ONLINE