Dalam operasi yang dijalankan kira-kira pukul 3 petang itu, pihak polis turut menjumpai dadah jenis heroin seberat 23 gram dan syabu seberat enam gram berada dalam simpanan penagih-penagih yang berusia antara 18 hingga 24 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU untuk siasatan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati dadah yang dirampas adalah untuk kegunaan sendiri.

“Nilai keseluruhan barang yang dirampas dianggarkan bernilai RM1,820,” katanya di sini hari ini.

Menurut Noorzainy suspek akan ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 1 Mei untuk siasatan lanjut. - UTUSAN ONLINE