Ketua Polis Daerah SPT Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, kesemua suspek ditahan dalam keadaan mencurigakan ketika menaiki sebuah kereta jenis Honda Accord yang dipercayai dicuri.

Menurutnya, mereka dipercayai bergiat aktif sejak sebulan lalu di sekitar kawasan ini dan Kulim, Kedah dan mengaku terlibat dalam 15 kejadian samun.

"Kesemua mereka yang berusia antara 27 hingga 33 tahun pernah ditahan sebelum ini kerana terlibat dalam pelbagai kes jenayah.

"Selain itu mereka turut dipercayai terlibat dalam kes pecah cermin kereta selain mencuri kasut di hadapan rumah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Nik Ros Azhan, ketiga-tiga suspek kini ditahan reman untuk disiasat di bawah Seksyen 395/397 dan Seksyen 379 A (1) Kanun Keseksaan serta Seksyen 39 A(2) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -UTUSAN ONLINE