Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, setakat ini pihaknya telah memanggil enam individu termasuk tiga penganjur bagi membantu siasatan.

“Ketiga-tiga individu berke­naan akan hadir di Ibu pejabat Polis Dang Wangi, Isnin ini.

“Kita memberi jaminan kes ini akan diselesaikan de­ngan secepat mungkin,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Isnin lalu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim ber­kata, pihaknya telah membuka siasatan mengenai himpunan itu dan pihak yang terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran.

Sabtu lalu, kira-kira 1,000 orang dikatakan menyertai perhimpunan berkenaan bermula berhampiran kompleks beli-belah Sogo sebelum berarak ke Masjid Jamek di sini.

Difahamkan, acara itu telah di­sertai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya Women’s Aid Organization (WAO), Sisters In Islam (SIS), aktivis serta pelajar.

Perhimpunan juga didakwa disertai penyokong LGBT yang antara lain membawa bendera warna pelangi selaku simbol golongan terbabit.