Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi dengan melindungi mana-mana individu yang didapati melakukan kegiatan tidak bermoral itu.

Ujarnya, sedia maklum, pihaknya tidak pernah sewenang-wenangnya mengeluarkan lesen kepada individu yang menjalankan kegiatan itu.

“Ini kerana, kebanyakkan lesen yang kita keluarkan adalah kepada pusat-pusat hiburan dan mereka yang melakukan perkhidmatan rawatan pusat refleksologi tetapi malangnya, ada sebahagian daripada mereka menjalankan kegiatan yang tidak dibenarkan.

“Oleh itu, kita tidak akan berdiam diri. Siasatan dan serbuan akan dilakukan sekiranya mendapati terdapat mana-mana tempat melakukan kegiatan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Pentadbiran Kepada Persatuan Sukan di Wilayah Persekutuan bagi 2019 dan Pelancaran Program Bakat Sukan Wilayah Persekutuan. - UTUSAN ONLINE