Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, suspek dikatakan bertindak sedemikian kerana berang doktor lelaki itu enggan memberikan cuti sakit kepada isteri suspek.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, suspek berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.20 pagi selepas bertindak sedemikian ke atas doktor berusia 29 tahun itu.

"Suspek dikatakan telah menampar pipi kiri doktor tersebut kerana enggan memberikan cuti sakit kepada isteri suspek.

"Dia yang mempunyai dua rekod lampau pada 2013 itu ditahan apabila ujian urin mendapati suspek positif dadah sejurus laporan dibuat oleh mangsa," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE