Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tahanan lolos mungkin sudah lari dari P. Pinang

MELAKA  - 04 MEI 2012  -  KETUA Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee
Datuk Chuah Ghee Lye. - UTUSAN ONLINE/GAIE UCHEL

PULAU PINANG 11 Julai – Tahanan yang berjaya meloloskan diri dalam kejadian di Bayan Lepas di sini awal pagi Ahad lalu, berkemungkinan sudah melarikan diri dari negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, ini kerana pihaknya telah menjejaki suspek lebih 48 jam di semua kawasan termasuk lokasi kegiatan pengedaran dadah termasuk sehingga ke Kedah.

“Kita berharap suspek tidak bertindak melarikan diri ke luar negara dan sekiranya dia cuba menggunakan laluan haram, kita telah memaklumkan polis di Thailand dan Indonesia untuk mengesannya," katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran UMNO negeri di sini hari ini.

Dalam kejadian awal pagi Ahad lalu, seorang tahanan berusia 47 tahun dilaporkan lolos dengan tangan bergari ketika didakwa dalam perjalanan menaiki van polis untuk mendapatkan rawatan bersama dua tahanan lain.

Ekoran kejadian itu, seramai lapan individu termasuk polis ditahan bagi membantu siasatan kerana didakwa membantu tahanan berkenaan berjumpa ahli keluarga di sebuah inap desa di sini sebelum tahanan berkenaan bertindak melarikan diri.

Ditanya jumlah suapan diterima anggota polis bagi membawa tahanan itu bertemu ahli keluarga, Ghee Lye berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan maklumat itu memandangkan siasatan sedang dijalankan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain