ANUAR OMAR
ANUAR OMAR

Menurut sumber polis, dalam kejadian di Jalan Paya Terubong, Balik Pulau itu, tahanan tersebut yang bergari melarikan diri ketika van dinaikinya bersama dua lagi tahanan lain berhenti di tepi jalan di lokasi kejadian kerana mengalami masalah brek.

“Tahanan itu yang merupakan lelaki Melayu berusia 43 tahun bertindak melompat keluar dan terus melarikan diri ketika pintu van dibuka anggota polis.

“Sehubungan itu, usaha mengesan tahanan berkenaan sedang giat dijalankan ketika ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan siasatan terperinci sedang dijalankan termasuk mengenal pasti sama ada terdapat kecuaian daripada anggota polis.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE