Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, suspek berusia berusia 42 dan 30 tahun itu hadir ke IPD berkenaan pada pukul 5.15 petang.

Menurutnya, tahanan reman akan dipohon di mahkamah esok bagi membolehkan siasatan kes di bawah Seksyen 323 dan 447 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dan menceroboh kawasan sekolah.

“Mereka tampil untuk memberi kerjasama selepas berita mengenai kes berkenaaan termasuk tindakan polis mengesan dan sudah mengenal pasti suspek yang terbabit disebarkan di media massa.

“Saya mengesahkan suspek terbabit datang ke IPD Bachok dan tangkapan dibuat berkait siasatan kes yang berlaku di SMK Sri Gunong, Bachok. Mereka akan diambil Keterangan bagi membantu siasatan, “katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Nik Aminuddin berkata, polis melaksanakan prosoedur siasatan selepas menerima aduan mangsa seorang pentadbir Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gunung yang diserang mereka di kawasan sekolah itu kelmarin.

Katanya, mangsa yang berusia 52 tahun telah membuat laporan polis di IPD Bachok tengah malam tadi selepas merasa terancam dan trauma dengan serangan dua suspek terbabit.

Sebelum ini, video berdurasi tiga minit 31 saat tular di media sosial memaparkan reaksi seorang lelaki memarahi seorang guru yang didakwa mengeluarkan kata kurang enak kepada isterinya. - UTUSAN ONLINE