Ketua Polis Daerah Kulai, Superitenden Tok Beng Yeow berkata, lelaki berumur 28 tahun itu ditahan pada pukul 7.30 malam selepas polis mendapat maklumat daripada orang awam.

“Hasil pemeriksaan, polis merampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan itu antaranya sebilah parang panjang, kuku kambing, dan pemotong besi.

“Turut dirampas tiga telefon bimbit serta tiga jam tangan pelbagai jenama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, selain itu, polis juga merampas sebuah kereta jenis Honda FD yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dengan semakan nombor casis kenderaan itu mendapatinya kenderaan yang dilaporkan hilang bersabit satu laporan polis di Kulai.

Beliau berkata hasil siasatan awal, lelaki tersebut mengaku terlibat dengan kes pecah rumah.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. - UTUSAN ONLINE