Pihak polis berjaya mendapatkan perintah reman ke atas suspek pada pagi selepas berjaya memberkasnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superitenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, tempoh reman itu dikeluarkan Majistret, Salina Omar ke atas suspek berusia 33 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang memakai baju T putih dan berseluar pendek dibawa ke pekarangan kompleks Mahkamah Segamat di sini sekitar pukul 9.30 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Pada pukul 6 petang semalam, dua lelaki warga emas maut akibat ditetak suspek dengan parang yang menyerang mereka di dua lokais berhampiran.

Noor Ariffin berkata, dalam kejadian semalam, kedua-dua mangsa iaitu pelanggan di kopitiam berusia 74 dan penjual buah durian 60 tahun maut selepas diserang menggunakan parang sepanjang 45 sentimeter oleh suspek. - UTUSAN ONLINE