Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Suspek kes samun rogol maut jatuh bangunan

KUALA LUMPUR 19 Mei- Salah seorang suspek kes samun dan rogol di sebuah premis judi di Bandar Kinrara, Puchong dekat sini pada 11 Mei lalu maut selepas terjatuh dari tingkat 12, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd. Aminuddin Megat Alias berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.10 malam apabila suspek berusia 22 tahun itu cuba melarikan diri ketika polis melakukan serbuan di rumahnya.

“Pihak polis mengetuk pintu rumah suspek beberapa kali namun dia enggan membuka pintu sehingga terpaksa memecahkan pintu tersebut.

“Apabila pihak polis berjaya masuk ke rumah tersebut, kita mendapati suspek cuba melarikan diri ke tingkat bawah dengan bergayut di pintu pagar dapur sebelum terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Sebelum ini, satu rakaman video tular di laman sosial memaparkan dua lelaki bertindak merogol seorang wanita yang dipercayai pekerja sebuah pusat hiburan selepas menyamun premis berkenaan.- UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain