Kedua-dua suspek berusia 51 dan 54 tahun ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada pukul 2 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Asisten Komisioner V.R. Ravi Chandran berkata, dalam serbuan tersebut, polis menjumpai heroin seberat 2,930 gram, 2,105 gram ganja dan 550 gram syabu.

Katanya, turut dirampas dalam serbuan tersebut ialah peralatan yang dipercayai digunakan untuk membungkus dadah dalam paket-paket kecil.

"Semakan mendapati, suami isteri berkenaan mempunyai rekod kesalahan lampau bersabit kes dadah dan ujian saringan air kencing yang dilakukan juga mendapati mereka positif ganja.

"Pemerhatian pihak polis terhadap kedua-dua suspek ini dilakukan sejak dua bulan lalu dan siasatan akan dilakukan bagi mengenal pasti sejak bila mereka aktif melakukan kegiatan tersebut," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE