Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, ini berikutan tempoh remannya mereka sebelum ini tamat hari ini.

“Permohonan sambung reman pasangan itu diluluskan Majistret Mohamad Salehhudin Abd. Sani di Mahkamah Majistret di sini.

“Mereka akan disambung reman selama tujuh hari bermula 3 Januari hingga 9 Januari,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Pada 26 Disember lalu, kanak-kanak lima tahun itu dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 1 pagi. - UTUSAN ONLINE