Dalam kejadian kira-kira 5 pagi semalam, mangsa dipercayai bergaduh dengan suaminya di rumah mereka sebelum suspek menolak mangsa sehingga jatuh ke lantai sebelum dia keluar dari rumah bersama anak mereka.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek kembali ke rumah itu pukul 10 malam tadi dan mendapati isterinya telah meninggal dunia sebelum dia membuat laporan polis pada pukul 2 pagi ini.

“Polis yang menjalankan siasatan kemudiannya menahan suspek di rumah itu dan pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat kesan luka di beberapa bahagian badan dipercayai ditetak.

“Mangsa dihantar untuk dibedah siasat di Hospital Seberang Jaya dan suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE