Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitter miliknya berkata, serbuan itu dilakukan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) yang menyaksikan beberapa peralatan serta bahan-bahan membuat dadah itu turut dirampas.

“Syabas STING @PDRMsia, tangkap sembilan orang di Kuala Lumpur, rampas lebih 46,000 pil ekstasi dan Erimine 5, bahan-bahan dan peralatan membuat pil dadah. #GoPDRmGo,” kata Khalid dalam Twitternya. - UTUSAN ONLINE