Dalam Ops Noda pula, skuad itu melakukan 89 serbuan di seluruh negara dengan tangkapan sebanyak 435 orang terdiri daripada warga asing dan tempatan sepanjang tempoh sama.

Kejayaan pasukan tersebut mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengucapkan syabas menerusi laman Twitter hari ini.

“Syabas [email protected] gempur judi seluruh negara, sepanjang minggu lalu. Tangkap 461 orang dan rampas 1,431 komputer. #GoPDRMGo.

“Syabas lagi [email protected] gempur maksiat seluruh negara sepanjang minggu lalu, tangkap 435 orang GRO (gadis pelayan pelanggan) dan tukang urut. #GoPDRMGo,” katanya. - UTUSAN ONLINE