Menurut sumber, pengarah berusia 53 tahun itu yang juga pensyarah di IPTA terkemuka di sini, ditahan pada pukul 11.35 pagi ini ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM di sini.

Tambahnya, suspek disyaki menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya dengan meluluskan peruntukan bagi sebuah syarikat milik adiknya untuk pembelian pelbagai barangan bagi jabatan tersebut membabitkan nilai melebihi RM159,000 antara September 2011 hingga Mei 2012.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan kes tersebut akan disiasat Seksyen 23 Akta SPRM 2009.