Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SPRM isytihar ‘perang’ terhadap judi haram

Gerakan agresif buru sindiket termasuk pelindung

Dzulkifli  AHMAD menerima memorandum daripada Masridzi Sat (tiga
Dzulkifli AHMAD menerima memorandum daripada Masridzi Sat (tiga dari kanan) selepas perjumpaan dengan kepimpinan GBAH di Ibu pejabat SPRM, Putrajaya, semalam. BERNAMA

PUTRAJAYA 13 Sept. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengisytiharkan 'perang' terhadap kegiatan judi haram di negara ini yang dikesan semakin berleluasa akibat amalan rasuah.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, suruhanjaya itu akan bertindak dengan lebih serius dan agresif terhadap siapa sahaja yang terlibat termasuk pihak yang melindungi sindiket judi haram berkenaan.

Tegas beliau, aktiviti judi ha­ram dilihat mempunyai implikasi besar kepada masyarakat di negara ini terutama umat Islam kerana ia menjurus kepada masalah sosial.

“Sudah tiba masa untuk kita mengambil tindakan terhadap pemberi atau penerima rasuah dalam isu judi haram ini. SPRM melihat dari sudut penguatkuasaan longgar yang semestinya terdapat isu-isu rasuah yang boleh dilihat oleh SPRM dengan lebih fokus.

“Kita juga melihat dari segi isu rasuah dan salah guna kuasa melibatkan operator judi haram yang dilindungi oleh pegawai penguat kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian sele­pas mengadakan perjumpaan den­gan kepimpinan Gerakan Basmi Aktiviti Haram (GBAH) di Ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

Pada perjumpaan itu, GBAH menerusi Pengerusinya, Masridzi Sat menyerahkan satu memorandum kepada Dzulkifli bagi menyatakan sokongan terhadap ke­tegasan SPRM dalam mencegah rasuah di negara ini.

Gerakan itu memayungi kira-kira 500 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persa­tuan Pengguna Islam (PPIM), Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid Malaysia) dan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela).

Memorandum itu turut me­nyatakan kesediaan GBAH untuk menjalankan kerjasama dengan SPRM dalam usaha membasmi gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Mengulas lanjut Dzulkifli ber­kata, maklumat yang diperoleh daripada pihak NGO seperti GBAH akan digunakan untuk tindakan sewajarnya oleh pihak SPRM.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain