Selain itu, menurut sumber SPRM, tiga pegawai Majlis Perbandaran Seberang Jaya (MPSP) turut dipanggil ke ibu pejabat agensi berkenaan di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pagi ini untuk diambil keterangan.

Semalam, Boon Poh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri dan dua beranak lelaki pemilik kilang haram itu ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan kes operasi kilang haram berkenaan. – UTUSAN ONLINE