Bagaimanapun, usaha pihak media yang menunggu di pekarangan menara tersebut untuk mendapatkan kenyataan Shukri gagal.

Difahamkan, Shukri hadir untuk bertemu Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin berhubung dakwaan mengenai transaksi tanah meragukan di ibu negara yang berlaku ketika pentadbiran kerajaan lalu.

Terdahulu, Shukri tiba di Menara Ilham pada pukul 10.40 pagi dengan menaiki kereta Proton Perdana dan diiringi dua kenderaan lain iaitu Subaru Forester dan Proton Preve.-UTUSAN ONLINE