Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, dia hadir bersama peguamnya Datuk Akhberdin Abd Kader untuk menyambung keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

Jelasnya, bagaimanapun, percakapan telah dihentikan untuk solat Maghrib dan telah disambung semula.

“Ya, dia hadir ke pejabat Bahagian Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) hari ini. Proses mengambil keterangan masih berjalan sehingga kini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ditanya sama ada pendakwah tersebut akan ditahan atau tidak memandangkan keterangan masih berjalan, Huzir menafikan perkara itu.

“Kita hanya ambil keterangan dia sahaja hari ini,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE