Turut dirampas, pelbagai jenis dadah bernilai RM721,000 serta 50 butir peluru jenis 9MM.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, suspek yang berusia antara 32 dan 58 tahun itu dipercayai aktif dalam sindiket pengedaran dadah di dua negeri terbabit.

“Kita telah merampas dadah jenis syabu seberat 10.3 kilogram, ketamin (56 gram), ganja (7.9 gram), serta 10 biji pil erimin 5 dan 42 biji pil ekstasi.

“Dalam serbuan-serbuan itu, kita turut menyita wang tunai berjumlah RM2.1 juta serta lapan kenderaan mewah, lima utas jam tangan dan pelbagai barangan kemas menjadikan jumlah nilai sitaan kepada RM2.73 juta,” katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Travers di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE