Difahamkan, minuman kultur itu dibotolkan semula sindiket berkenaan sebelum dijual pada harga RM250 sebotol di beberapa pusat hiburan sekitar Lembah Klang.

Pengarahnya, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, pihaknya menjalankan sembilan serbuan serta dua pemeriksaan dibeberapa lokasi tersebut semalam serta kelmarin dan berjaya menahan 12 individu dipercayai ahli sindiket berkenaan.

“Bermula pukul 7.50 petang Rabu sehingga 12.15 tengah malam semalam, kita berjaya merampas sejumlah RM3.27 juta dadah pelbagai jenis di samping menyita, wang tunai, pelbagai kenderaan dan barang kemas bernilai RM2 juta.

“Kesemua tangkapan merupakan warga tempatan berusia antara 22 hingga 55 tahun termasuk dua wanita,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Kajang, di sini, sebentar tadi.

Menurut Mohmad, menerusi operasi itu juga, pihaknya berjaya membongkar dua premis digunakan untuk memproses dan membancuh dadah tersebut.

Tambahnya, kesemua yang ditahan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Jenayah Berbahaya 1952. - UTUSAN ONLINE