Enam lelaki berusia antara 39 hingga 53 tahun itu ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dalam serbuan berasingan sekitar Kuala Lumpur dan Johor Bahru semalam dan hari ini.

Pengarahnya, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sindiket berkenaan dikenalpasti menggunakan kemudahan media sosial seperti Facebook untuk mencari pelanggan.

“Dalam serbuan tersebut, kita turut merampas pelbagai alatan yang dipercayai digunakan untuk ‘live streaming’ dan ‘card sharing’, modem parabola (router), lebih 500 unit dekoder dan kad stesen TV satelit serta ‘android setup box’.

“Kesemua suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE