Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, suspek berusia 33 tahun ditahan orang awam yang berada di pasar berkenaan selepas disedari mangsa sebelum menjerit meminta tolong.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, hasil siasatan mendapati mangsa telah pergi ke pasar berkenaan untuk membeli barang keperluan.

“Semasa hendak membeli sayur, mangsa merasakan beg tangannya telah diseluk oleh seseorang dari arah belakang.

Mangsa terus menoleh dan mendapati seorang lelaki tidak dikenali melarikan diri dengan membawa dompet milik mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Haris menambah, Suspek serta barang rampasan diserahkan kepada pihak Polis dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE