Perkara itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias menerusi laporan prestasi setengah tahun ini.

Menurutnya, bagi Melaka, Kuala Lumpur dan Perlis merupakan negeri-negeri yang mencatatkan kes kematian yang terendah.

“Negeri Selangor mencatat jumlah kematian tertinggi dengan 527 kes, diikuti Johor (505 kes) dan Perak (324 kes), Pahang (251 kes) dan Kedah (218 kes), Pulau Pinang (196 kes), Sarawak dan Negeri Sembilan (172 kes), Kelantan (170 kes), Sabah (161 kes) dan Terengganu (134 kes).

“Sebanyak 3,071 kenderaan terlibat dengan kemalangan jalan raya dan 2,862 daripadanya merupakan kes kemalangan maut,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.

Mengulas lanjut, Azisman memberitahu, statistik turut menunjukkan, sejumlah 281,527 kemalangan telah berlaku sepanjang setengah tahun ini.

“Daripada jumlah itu, jenis kemalangan maut dicatatkan sebanyak 2,862 kes, parah (1,332 kes), ringan (2,131 kes) dan rosak (274,989 kes).

“Bagi kes kemalangan maut menunjukkan penurunan sebanyak 7 peratus berbanding tahun 2018 yang mencatat jumlah 3,077 kemalangan maut dengan 215 penurunan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE