Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Muzaffar Syah Mallow berkata, akta tersebut bukan sahaja berkesan malah boleh bertindak sebagai peringatan keras terhadap semua pihak bahawa isu berkaitan dengan gangguan seksual tidak sesekali boleh dipandang ringan.

“Ini ekoran pendedahan satu rakaman video, seorang pembantu kepada timbalan menteri yang dituduh melakukan gangguan seksual terhadap seorang pakar optik wanita, semalam.

“Walaupun laporan polis telah dibuat dan tindakkan memecat pembantu berkenaan telah dilakukan namun kerajaan perlu mengambil langkah proaktif dengan segera dengan memperkenalkan akta khusus tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Muzaffar berkata, dengan adanya akta khusus berkenaan, hukuman yang lebih keras dapat diberikan terhadap mana-mana pelaku yang disabitkan dengan kesalahan gangguan seksual. – UTUSAN ONLINE