Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat kecederaan tumpul yang berganda di seluruh badan.

“Siasatan awal mendapati suspek telah menjaga anak kedua daripada tiga beradik itu selepas isterinya keluar dari rumah sejak dua bulan lalu,” katanya.

Ujar Ahmad Dzaffir, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Kajang, dekat sini esok.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Azlinda Abtu di talian 012-6853281. - UTUSAN ONLINE