Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, usa­ha tersebut giat dijalankan susulan tangkapan tujuh anggota kumpulan itu di beberapa lokasi di negeri ini, baru-baru ini.

Menurut beliau, bagaimanapun jumlah kumpulan terbabit masih dalam siasatan.

OMAR MAMMAH
OMAR MAMMAH 

“Terdapat suspek lagi se­dang diburu dan usaha mengesan mereka diteruskan dari semasa ke semasa kerana berdasarkan maklumat, ada lagi ahli kumpulan ini masih bebas.

“Bagaimanapun jumlah me­reka belum dikenal pasti kerana dalam siasatan, tetapi masih ada baki sedang diburu polis,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Terdahulu beliau hadir me­rasmikan program Komuniti Kepolisian di Kampung Tanjung Aru Baru di sini, hari ini.

Omar diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berhubung seorang lelaki Fi­lipina dipercayai pe­menggal kepala tebusan kumpulan militan Abu Sayyaf diberkas Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas (E8) Bukit Aman dalam operasi khas di Ranau, Sabah pada 8 November lalu.

Dalam kenyataan itu, Moha­mad Fuzi memberitahu, enam lagi warga Filipina termasuk seorang subkomander Abu Sayyaf, tiga anggota kumpulan penculik untuk tebusan (KFR) kumpulan militan berkenaan serta seorang ejen menjual jongkong emas warga tempatan turut ditahan.

Sementara itu, Omar turut menafikan kejadian tembakan antara enam penjenayah dengan dua buah bot nelayan semalam berlaku di perairan negara.