Memetik laporan Utusan Borneo, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, Rubin Banta, 35, dicari kerana berdepan dengan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan pada 27 Februari 2018.

“Bagaimanapun tertuduh telah gagal menghadirkan diri semasa pengurusan kes di Mahkamah Sesyen Kapit pada 22 Mac 2018.

“Waran tangkap telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Sibu pada 23 November 2018,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mustafa Kamal berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan JSJK Sarawak, Asisten Superintenden Pricha Azin di talian 019-8897640.-UTUSAN ONLINE