Bagaimanapun Timbalan Ketua Pe­suruhjaya (Ope­rasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki enggan mem­berikan sebarang maklumat mengenai bila dan apa pertuduhan yang akan dikemukakan terhadap isteri Ahli Parlimen Pekan itu.

“Akan ada pertuduhan (ter­hadap Rosmah), saya ti­dak tolak kemungkinan itu. Tetapi saya tidak mempunyai maklumat,” katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini hari ini.

Sebelum ini, akhbar tem­pa­tan berbahasa Inggeris me­laporkan Rosmah, 66, ke­mungkinan berdepan lebih 20 pertuduhan jenayah da­lam tempoh terdekat.

Dalam sidang akhbar ter­sebut, Azam juga tidak me­no­lak kemungkinan lebih banyak pertuduhan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dikemukakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tanpa mengulas lanjut me­ngenai pertuduhan itu, beliau menjelaskan, setakat ini empat pertuduhan bersama telah dikemukakan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Ini kali pertama dalam sejarah SP­RM dan PDRM berkoordinasi menjalankan siasatan.

“Saya tidak me­nolak akan ada lagi pertuduhan yang akan dilakukan secara bersama,” katanya.

Terdahulu bekas Presiden UMNO itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Se­syen di sini terhadap empat pertuduhan yang dikemukakan SPRM melibatkan salah guna kedudukan sebagai Per­dana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion.

Azam menjelaskan, siasatan yang dijalankan bersama PDRM itu melibatkan pengesanan aset 1MDB di luar negara.