Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pertuduhan itu akan dilakukan di Mahkamah Sesyen, Ipoh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Ujarnya, selain itu, Pengerusi dan Setiausaha Persatuan Dong Zong telah dipanggil untuk dirakam percakapan mereka berhubung dengan berapa laporan polis yang telah dibuat terhadap Persatuan tersebut.

“Siasatan telah dibuat dibawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

“Dalam pada itu, penceramah bebas Dr. Zakir Naik juga telah hadir untuk dirakam percakapannya susulan laporan yang dibuat terhadap beliau oleh beberapa ahli politik dan Siasatan kes adalah dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE