Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor, Asisten Komisioner Lukas Aket berkata, bahan terlarang berkenaan melibatkan 3,800 kes itu dihapuskan selepas selesai proses analisis kimia dan perundangan mahkamah.

“Dadah yang paling banyak dilupuskan adalah ketamin seberat 116.71kg, kanabis (30.95kg), mitragynine (34.76 liter) dan codien (7.60 liter).

“Turut dilupuskan ialah 42.30 kiter ubat batuk dan cecair dadah yang akan dihantar ke tapak pelupusan sisa toksik di Pusat Kualiti Alam di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan,” katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE