Beliau bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan didakwa sebagai pemilik syarikat Red Granite Pictures atas lima pertuduhan menerima wang haram dari Good Star Ltd., syarikat yang mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan yang menjadi buruan polis, Low Taek Jho atau Jho Low.

Riza akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok . - UTUSAN ONLINE