Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah Kajang selepas menerima laporan daripada mangsa kira-kira 9.30 malam, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, dalam kejadian pukul 2 pagi, remaja berusia 18 tahun itu mendakwa telah dipukul suspek dengan menggunakan tali pinggang di bahagian belakang kerana tidak melayan kehendaknya untuk melakukan hubungan seks.

Menurutnya, mangsa dipaksa melakukan perbuatan tersebut sejak berusia 16 tahun malah suspek pernah merakam aksi terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

“Suspek mengugut itu tidak membuat laporan polis serta akan menunjukkan video berkenaan kepada suami mangsa sekiranya dia berkahwin nanti. Malah, kakak mangsa iaitu isteri suspek turut memarahinya jika tidak melayan kehendak lelaki itu.

“Hasil siasatan mendapati mangsa yang tinggal bersama pasangan tersebut kali terakhir dirogol sebanyak dua kali serta diliwat pada 19 Mac lalu, ”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Dzaffir, lelaki itu kini direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 29 Mac ini,

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen Sek 376 Kanun Keseksaan, Seksyen 377D dan Seksyen 324 kanun sama.- UTUSAN ONLINE