AZMI ALIAS
AZMI ALIAS

Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kesemua suspek membuat tuntutan palsu melebihi RM400,000 berkaitan kerja penganjuran program yang tidak dilaksanakan di negeri ini.

Tuntutan palsu yang dibuat membabitkan program Karnival Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan Keusahawanan di daerah Segamat, Mersing, Muar, Kluang, Tangkak dan Kulai serta Program Minggu PKS (Program Kecil dan Sederhana) Kebangsaan Peringkat Negeri Johor.

Kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 30an hingga 50an daripada syarikat berasingan ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 10 malam.

Menurut sumber, siasatan masih diteruskan bagi mengesan dan membuktikan penjawat awam yang terlibat di sebalik tuntutan ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.- UTUSAN ONLINE